Jumat, 10 Juni 2011

CARA BERSETUBUH MENURUT ISLAM....

Cara Bersetubuh Menurut Islam

Berikut Cara Bersetubuh Yang Dilarang.. :

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s" Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174

lebih jelasnya : http://infotekkom.wordpress.com/2009...n-suami-istri/


 1:
Jangan bersetubuh dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

 2:
Jangan bersetubuh jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

3:
Jangan bersetubuh dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

4:
Jangan bersetubuh pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

5:
Jangan bersetubuh di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

6:
Jangan bersetubuh semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7:
Jangan bersetubuh dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8:
Jangan bersetubuh pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.

9:
Jangan bersetubuh dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10:
Jangan bersetubuh antara adzan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.



Berikut Cara Bersetubuh Yang Dituntut...:
1. Baca Do'a:
Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

2. Sewaktu matahari di tengah langit:
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

3. Pada malam Isnin :
Bersetubuh pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

4. Pada malam Selasa :
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

5. Pada malam Khamis :
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

6. Pada malam Jumaat :
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

7. Hari Jumaat selepas asar. :
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

8. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. :
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka


Tambahan:
Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:
“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”
Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.
Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).


sumber/referensi:

http://www.bajubusanamuslim.com/arti...-bagian-i.html
http://www.bajubusanamuslim.com/arti...bagian-ii.html

http://islamlibcom.blogspot.com/2011...ubuh-jima.html

http://pakcikli00.wordpress.com/2010...menurut-islam/

http://seronoknye.blogspot.com/2009/...kut-islam.html

http://panggih15.wordpress.com/2011/...menurut-islam/

http://jihadsabili.wordpress.com/201...sesuai-sunnah/

http://cahayamuslimah.com/blog/sex-dalam-islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar